"MANISNYA BERCINTA SELEPAS NIKAH"

Izinkan mama kongsi cerita hidup mama😊.
Agak panjang tapi tangkap lelehh💋


.
Perkenalan tanpa bibit cinta pada tahun 2005 menemukan kami.
Tapi,hanyalah kenal sebagai abang dengan adik dari seorang kawan.
.
Masa tu mama baru tingkatan 3.
Suami dah 27 tahun.
.
Mama hanyalah seorang gadis yang belum tahu tujuan hidup.Menanti dan mencari destinasi hidup yang tak pasti.
.
Selepas pertemuan kali pertama kami terus tak pernah berjumpa.Ya laa bukan suka pun.Tak kenal pun.Buat apa nak peduli?
.
Tapi,selepas mama habis sekolah 2008
mama terjumpa suami kembali.
.
Masa tu mama sudah single and available.
hehehe setelah jalan penuh berliku.
mama malas nak ada sapa-sapa jadi penghuni dalam hati.
.
Pertemuan ketiga kami masa hari raya Aidilfitri 2008.Hari raya pertama mama ajak mak dan abah beraya ke rumah suami.
.
Alang-alang kami ada kawasan rumah suami.Sajalah mama nak beraya kan?
sebagai kenalan.(Zero heart feeling weh)
Saja nak makan cemey dihari raya.hahaha 😜.
.
.
Time tu mama rock n roll babeh.So,siapa yang kenal mamareen dulu korang mesti taw ke heavy metalan mama macam mana kan?😊.(Wat going pass let be pass)sory for my broken engglish.
.

Asyik bersembang pak cik dan mak cik haii duit raya lupaa nak diberii...ehh tu laguuu😅.

Sedap menjamu ketupat rendang kuih dan muihh.Mama pun kena paksa dengan mak.

"Lepas makan jangan lupa angkat p dapor.Jangan tunjuk rock sangat kat rumah orang".  Hahaha.
.
Fine mak fine makkkk..Dengan adabnya mama mengatur langkah satu persatu kedapur penuh sopan dan ayuu..(calon menantu pilihan)Hihi😛
.
Dah habis makan apa lagii salam angkat kaki balik laa..
..
KLIMAKS CERITA UOLSS!
.
Baru jaa mama masuk kereta nak keluar simpang rumah suami.Henfon 3310 mama bunyi sms.(boleh bayang bunyi nokia 3310 tak?) haha

Sms Abang kairi
"Reen, mak abang berkenan kat reen.Mak tanya reen dah berpunya ka?"

Hahaha masa ni orang disini terperanjattt king kong weh!!

Kecoh 1 kereta penangan mama rock ditanya orang.1st time orang tanya macam ni.Berdebarr rasa hati orang disini.💓

TERUS BERTUNANG💘

Hari raya ke 7 kami sah ditunangkan.Nampak gelojoh kan?Raya pertama jumpa.Raya ke 7 bertunang.21.10.2008 ni adalah  tarikh lahir mama.Dan sah jadi tunangan orang.Tanpa kenal tanpa tahu siapa dia.
.
.
Masa bertunang nama mak mertua pun tak tahu.Orang tua-tua tanya baru sibuk call suami.hihi Macam karton kami bertunang.

Yang lagi dasyatt konfident mama ingat suami umur 27.Ni umur  2005 daaaa😛.Masa bertunang suami dah 31,mama suwitt 18 okeh😎.(Mudaa remajeee).

NIKAH SELEPAS 7 BULAN.

......Bersambungggg.

Nak tahu NEXT story tak?😁

Salam sayang ❤
Shairne Omar

#Mamareeshaklee
#MenulisDariHati
#Shakleeeffect
#SuwitMemory

Comments