Amalkan 13 Perkara Ini, insyAllah Dimurahkan Rezeki Seperti Air Yang Mengalir

πŸ“œ13 PERKARA PUNCA REZEKI πŸ“œ

1. TAQWA - Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka.

2. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal seseorang hamba, Allah cukupkan dia.

3. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki"

4. SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dengan unta).

5. ISTIGHFAR - Sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup dan kesusahan.

6. SYUKUR - Kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih.

7. SILATURRAHIM - Menyambung silaturrahim, Insya Allah panjang umur dan murah rezeki.

8. TUNTUT ILMU - Barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9. NIKAH - Cari keberkatan rezeki dengan nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10. DAKWAH - Asbab terbesar rezeki. Kisah para nabi.

11. TILAWAH QURAN - Kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

12. ZIKIR PAGI PETANG - Ingat aku pagi dan petang aku cukupkan keperluan pada hari itu.

13. PEKERJAAN - Berusaha di atas setiap pekerjaan.

Perkara 1 hingga 12 terdapat perintah dan jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 hanya ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung, tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak. Tidak semestinya poket tebal keberkatan ada.

Jangan sampai seseorang itu hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1 hingga 12.

Wallahualam.
Dihalalkan untuk SHARE.


 Mamareen Omar
Nak mulakan perniagaan sendiri dari rumah?
Hubungi Mamareen😊
01137181390

Comments