Pentingnya Ilmu Penyusuan bagi setiap wanita...
Indahnya apabila dengar ucapan terima kasih dari bayi kita selepas mereka menyusu.......
Tapi,mungkin selepas mereka dah besar kita masih lagi tidak berpeluang untuk dengar ucapan terima kasih ini.
Jadi,benarkan saat menyusukan anak adalah tempoh EMAS yang tidak ada nilainya?.😭.
Ramai ibu gagal menyusukan anak bukan kerana masalah susu badan kurang atau masalah bentuk fizikal pada puting dan payudara ibu.
Pasti ramai tertanya-tanya apa masalah sebenarnya cabaran menyusukan anak dan bagaimana hendak susukan sehingga 2 tahun.
Alhamdulillah 8.12.2017 mamareen berkesempatan hadir ke kelas penyusuan oleh Pakar Penyusuan :
Dr.Nurzarina Abdul Rahman (MD,MmeSc UKM).Beliau merupakan Doktor Perubatan Am dan Kaunseler Laktasi bertauliah di sebuah klinik swasta.
(Biodata Dr Nurzarina)
Kenapa mamareen hadir ke kelas penyusuan ni?
Penting ke?
Jauh dari Penang turun Kelantan semata-mata nak sertai kelas penyusuan.
(Dr manis kecil molek.Ni betul2 superMom bagi talk sambil dukung anak)
Sebenarnya ini adalah PASSION yang saya letakkan sejak awal saya sertai bidang kesihatan ni.Bagi saya lmu penyusuan sangat dan amat penting bukan hanya kepada ibu malah pada suami,keluarga dan kawan-kawan..
Antara tajuk yang mamareen belajar semasa kelas antaranya masalah yang NORMAL terjadi.Dan yang buat mamareen teruja masalah yang dihadapi oleh pelanggan mamareen 99% ada disebut semasa kelas.
Nampaknya masalah penyusuan ini ramailah yang masih GAGAL.
Jadi mamareen terpanggil untuk lebih FOKUS belajar berkaitan ILMU PENYUSUAN sejak bayi dilahirkan sehingga umur 2 tahun.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disarankan memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Kerana didalam susu ibu juga mempunyai air semula jadi.Disebabkan 80% air akan pergi kepada susu ibu.
Malah ditekan lagi didalam surah Al-Baqarah Ayat 233 bermaksud;
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Sebagai ibu yang berpengalaman lebih 3 tahun menyusukan kembar mama sangat bersetuju dengan potongan ayat diatas.
Kerana perbezaan pada anak pertama yang hanya dapat susu ibu 6 bulan dan kembar 3 tahun 4 bulan.
Mamareen bersyukur Allah permudahkan dan beri jalan untuk mamareen menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu.
Didalam kelas penyusuan ni juga Dr berikan beberapa topik penting yang mamareen dapati 99% masalah ni dihadapi oleh rakan dan pelanggan mamareen.
Rasa sedih juga bila ada sampai stress akhirnya MEROYAN akibat masalah susu ibu.
Jadi,untuk elakkan meroyan dan atasi masalah meroyan juga diajar disini.
Nampak tak bertapa Islam letak cantik elok supaya ibu dapat kesihatan dan belaian jiwa yang baik semasa menyusukan anak.
Alhamdulillah antara topik yang dikongsi oleh Dr antaranya;
👉Kebaikan susu ibu
👉Kebaikan buat ibu dan bayi
👉Resepi susu ibu(Tips EMAS)
👉Cara penyimpanan susu ibu
👉Masalah peti ais rosak
👉Refleksi ejeksi susu
👉Cara atasi bengkak susu
Topik menarik 99% ramai ada masalah ni. Betul?
In sya ALLAH mamareen akan kupaskan topik ni di entry seterusnya.
1 demi persatu mamareen akan kongsikan buat pembaca setia Blog Mamareen Official.
Salam Sayang❤
-Mamareen-
Pengedar Shaklee Bertauliah
(Agen Penang dan Seluruh Malaysia.
(Agen Penang dan Seluruh Malaysia.
ID : 1127123
FbShairne Omar.
Whatsapp601137181390
Info lanjut baca disini;👇
Comments
Post a Comment