Rezekiku seorang suri rumah



Setelah membuat keputusan untuk berkahwin seawal 19 tahun.Saya hanyalah seorang remaja biasa yang masih mentah.
Belum mengenali selok belok rumah tangga.
Tetapi,Alhamdulillah saya belajar dari bawah.Boleh kawin tapi tak pandai masak.Nasi pun tak pandai nak sukat air. Apa lagi nak masak sedap untuk suami.

Awal perkahwinan belajar masak Call mak.Call mak long.Cari resepi dalam Goggle.Memang cabaran awal perkahwinan tu ada.Dan sampai saya berdikari belajar sendiri sehingga memiliki 3 orang cahaya mata.



Wajah2 inilah yang membuatkan saya PERLU menjadi seorang Ibu yang lebih kuat.Dan apabila saya mengenali sebuah Perniagaan SHAKLEE yang membuka mata dan peluang untuk saya menjadi SURI RUMAH bekerjaya walaupun hanya berada dirumah..


Bagi saya memulakan bisnes ini adalah sama seperti awal perkahwinan dulu.Apa pun saya tak pandai.Semua belajar dari Goggle.Dan hanya memerlukan USAHA,FOKUS,DAN TINDAKAN BERTERUSAN.

Perniagaan Shaklee bagi saya sama macam nak hasilkan satu makanan.Perlu dibuat dengan hati.Kalau kita masak main campak aje.Makanan yang kita masak tak ada seni.Tak ada Jiwa.Mungkin rasanya juga kurang.Namun jika kita masak dengan hati.Susun atur ramuanya dimasukkan mengikut turutan.Perasakan dan hidangkan dengan pinggan yang cantik bersih.InsyALLAH makanan itu akan menaikkan lagi selera dan rasanya lebih sedap.Bila masakkan kita pun ada tata tertibnya hati kita pun akan rasa puas apatah lagi orang yang menjamahnya.



Begitu jugak sama macam bisnes Shaklee yang saya usahakan lebih dari 2 tahun ini.Kena pelbagaikan rencah dalam bisnes kita.Pasti ada asam garam manis masam semasa berniaga.
Namun,semua itu adat dalam berniaga.Malah,membuatkan saya lebih kuat dan harus lebih berusaha bagi memastikan bisnes shaklee yang saya usahakan tanpa Modal ini mampu memberikan Pulangan yang lumayan.

Alhamdulillah sekarang ini saya masih bersama shaklee dan mempunyai Ratusan Ahli dibawah Legasi saya "Mamareen Beauty's".Inilah yang saya telah berjaya mencapai dan akan terus melangkah untuk berada dikemuncak bersama insan2 tersayang yang membuatkan saya lebih berani untuk meneruskan perniagaan Shaklee ini.


Ini adalah kereta pertama saya yang saya beli dengan rezeki Bonus shaklee.Kereta HILUX TRD yang kini dipandu Oleh suami tersayang yang banyak membantu saya.Tidak ada yang lebih mengembirakan saya selain membuat keluarga bahagia.Dan memiliki masa bersama-sama..

kenangan ketika berada dipentas national Confrence menerima anugerah leader cemerlang dan konsisten dalam shaklee.



Terima kasih Shaklee kerana memberi peluang kepada Suri Rumah seperti saya mempunyai peluang perniagaan sendiri dan mencapai impian memiliki income dan membantu keluarga.Alhamdulillah.

peluang untuk suri rumah seperti saya sentiasa ada bersama Shaklee.Itulah yang shaklee harapkan untuk menambah nilai dalam kehidupan dan meningkatkan taraf hidup suri rumah dari dulu hingga kini..



Saya dijemput Oleh shaklee untuk berkongsi segala suka duka yang telah membantu saya berada ditahap ini.Dan Shaklee berbangga mempunyai barisan leaders antara suri rumah.Alhamdulillah...moga menjadi inspirasi dan lonjakkan buat suri rumah diluar sana untuk berani memulakan bisnes.


Akhir kata dari saya..Jangan lemah jika anda tidak belajar tinggi.Kerana saya juga hanya mempunyai Sijil lepasan SPM.Rezeki kita bukan bergantung kepada kelulusan pelajaran kita.Rezeki kita MILIK ALLAH SWT.Dia Maha Pemurah lagi Maha Kaya.
Mohonlah jalan dariNya.InsyALLAH kita mampu berjaya.



Salam Sayang dari Mamareen
SID SHAKLEE
+601137181390

Comments