APA ITU DIET IF
IF atau dikenali sebagai Intermittent fasting IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang waktu mula makan dan waktu akhir makan.
Dan ada waktunya seperti 12: 12,16:8,18:6 ,20:4 dan 23:1. Ada segelintir individu yang melakukan IF ini lebih dari 24jam malah ada yang melakukan puasa IF ini sehingga 7 hari!
Tetapi untuk pemulaan disarankan anda hanya perlu mulakan dengan masa 12:12 sahaja. Bagi menyesuaikan diri dengan diet kaedah makan selepas waktu 12jam berpuasa.
Perbezaan Puasa IF dengan Puasa Ramadhan atau Puasa Ganti bagi orang beragama Islam adalah berbeza sedikit.
Puasa IF anda dibenarkan minum air kosong,kopi dan teh kosong tanpa gula sepanjang tempoh 12 jam puasa.
Dan selepas 12jam anda boleh makan dan minum seperti biasa.
Walaupun sudah tiba waktu makan,anda sangat digalakkan menjaga pengambilan makanan dan minuman yang sihat.
Semestinya tanpa makanan segera,kek roti-roti putih,buah yang manis tinggi Gi dan juga pengambilan nasi putih yang banyak.
Di dalam FTF MRE,kami mengamalkan diet LOW CARB HIGH FAT dan juga Diet SUKU-SUKU SEPARUH..
Dengan kaedah IF diamalkan bersama diet LCHF(Low Carbs High Fat) dan DSSS(Diet Suku -suku separuh) akan membantu anda turunkan berat badan dan juga bantu anda mendapat kesihatan yang baik. Boleh membantu mengawal kencing manis dan juga bacaan kolesterol anda.
Intermittent fasting mengajar kita mengawal selera makan dan perbetulkan jadual pemakanan kita. Dapatkan lebih hubungan dengan tubuh kita dimana kita mula sedar apa itu lapar dan apa itu saja2 teringin nak makan.
Itulah kelebihan intermittent fasting.
Tapi tiada satu method pun paling berkesan kecuali kombinasi semuanya secara sederhana.
Contohnya ada orang buat intermittent fasting tapi tak jaga makan. Lambat turun kerana konsep kita adalah nak sihat. Bukan melantak time boleh makan dan lepas tu berpuasa pulak.
Sebaliknya, makan secara sederhana. Memilih makanan yang baik utk tubuh kita. Kemudian kita berhenti makan dan berpuasa.
Ramai yang beritahu saya yang mereka buat intermittent fasting tapi tak memilih makanan yang diambil. Makan semua yang jelas tak bagus untuk badan.
Inilah punca anda buat intermittent fasting tapi tak turun-turun berat badan.
Dalam nak sihat, pilihlah kesederhanaan. Sederhana dalam makan, sederhana dalam bersenam.
Makan vitamin tambahan untuk penuhi ruang kekurangan vitamin dalam makanan kerana ditakuti tidak cukup mineral dan vitamin dalam diet harian.
Dapatkan maklumat tentang FTFMRE disini :
Jemput singgah ke entry IF yang lebih details: https://www.therinajopri.com/2023/02/08/if-diet-cara-buat-intermittent-fasting-yang-betul/
http://www.anakkuwiraku.com/?m=1
📱↖️ INFO KURUS SIHAT FTF MRE
Makin semangat buat IF.. janji sihat.. kurus tu bonus..
ReplyDelete